Thursday, May 5, 2011

Flowerhorn???

Ikan Lou Han (Flowerhorn) pertama kali muncul di Malaysia sekitar tahun 1996-1997. Ikan ini adalah keturunan dari Amphilophus trimaculatus. Setelah beberapa generasi, bentuk ikan ini berubah daripada induk asalnya. Setelah itu penternak ikan mula mengabungkan ikan tersebut dengan Blood Parrot yang merupakan hibrid dari C. citrinellum X C. synspilum. Dari hasil kacukan ini, lahirlah Luo han. Pada awalnya, hasil kacukan tersebut tidaklah beberapa cantik, tapi setelah dilakukan "penyempurnaan" maka terhasillah bentuk dan corak warna yang disukai. Kemudian ikan tersebut diberi nama "Flowerhorn" atau "Luohan". Proses pemilihan dan kacukan terus berlangsung sehingga menghasilkan berbagai jenis Luo Han dengan beraneka warna dan corak.

 Ini merupakan salsilah awal flowerhorn:

Kamfa

Kamfamalau

Tan King

Golden Monkey

Tahun demi tahun, kacukan demi kacukan, pelbagai jenis flowerhorn dilahirkan.Antaranya ialah, Super Red, Red Eagle, Blue Pearl, Mercury, dan banyak lagi.

Ini gambar hasil kacukan,




-wikipedia.org & wasanbetta.net-

0 comments:

Post a Comment