Friday, May 20, 2011

3 Golongan Pemandu Ketika Sesak




Golongan pertama
Golongan yang mungkin hilang sabar, terasa dirinya lebih bagus dan bijak dengan mengatakan “Apesal tak ikut jalan ni,kan mudah”, dan golongan yang bermuka ‘konkrit’. Mereka ini terus sahaja memasuki lorong kecemasan dan memecut ke hadapan, memintas orang lain dengan melanggar undang-undang. Jangankan kereta, lori dan bas pun nak juga. Apa yang lagi kejadahnya ialah pemandu yang memintas itu sendiri mempunyai pelekat di cermin “Bersopan-santunlah ketika memandu”. HAHAHA! Saman? Mungkin itu sahaja yang menggerunkan mereka. Tetapi sedarkah mereka, perkara inilah yang menyebabkan keadaan lalu lintas menjadi bertambah sesak. “Ah, peduli ape aku. Janji aku sampai cepat. Redah aje…….Alamak, ada pak polisi la pulak”, pembaca boleh agak bukan apa tindakan pemandu kejadah ni. Ya, ‘beliau’ akan berusaha untuk menghimpit ke kanan supaya pemandu lain bagi peluang untuk ‘beliau’ masuk ke lorong yang betul. “Oit, bagi aku masuk, kalau tak nanti terlanggar, kemik bumper. Lebih baik bagi masuk.” Andai kata kedua-dua pemandu ‘berkepala konkrit’ semestinya terlanggar. Maka bertambah sesaklah lagi jalan raya yang sesak.

Golongan kedua
Golongan ini tidak seberani golongan pertama. Apa yang menghantui mereka ialah polis bercampur dengan perasaan malu jika mencilok. Tetapi dalam hati, geram yang amat melihat pemandu golongan pertama. Pemandu golongan kedua ini mempunyai peratus yang tinggi untuk menjadi pemandu golongan pertama. Bilamana geram tadi telah meletus, maka jadilah mereka golongan pertama. Bagi pemandu yang masih lagi dalam kelompok kedua, mereka akan meneruskan perjalanan dalam keadaan mulut yang terkumat-kamit. Berzikir? HAHAHA! Menyumpah-seranah sepanjang kesesakan. Dahi bukan lagi berkerut tiga, tetapi sepulah! Jika terperangkap selama sejam, maka hapir sejamlah ‘beliau’ menyumpah dan memaki. Dosa? Anda sendiri tahu membuat penilaian dosa atau tidak, renung-renungkanlah sendiri.
Hoi,tak ade otak, cilok-cilok! Orang lain nak cepat gak.

Golongan ketiga
Mereka ini tenang dan senang-senang sahaja dan adakalanya mereka ini menjadi agak biol. Memintas? Tidak sama sekali. Mereka ini mempunyai pemikiran yang maju. Mereka pun mahu cepat tiba ke destinasi juga begitu juga pemandu lain. Tetapi mereka tahu, jika mereka memintas, akan wujud golongan kedua (saham dosa boleh dapat kot…) dan kesesakan menjadi bertambah sesak. “Sabo je lah”. 
 Sekadar hiasan
Bolehkah bersabar jika kesesakan berlaku dalam keadaan cuaca yang panas berdekang? Golongan ini mempunyai pelbagai ikhtiar mengikut situasi. Jika mereka hanya memandu seorang diri, mereka boleh menyanyi dan melalak mengikut rentak irama muzik yang mereka dengarkan. Biol? HAHAHA! Pemandu yang agak biol ini akan buat perkara yang pelik. Ada yang angkat tangan menyapa pemandu sebelah walaupun tidak kenal. Sesiapa sahaja yang berenti sebelah ‘beliau’ akan disapanya. Kemudian akan membuat pelbagai aksi melucukan asalkan tidak membuat aksi-aksi yang boleh mendatangkan kemarahan dan kontrovesi pemandu lain. HAHAHA
 Bagi yang memandu secara konvoi pula, ada kalanya mereka akan berbual dengan ahli konvoi lain samada melalui tingkap tidak pun keluar kenderaan terus. Lagi dasyat! Situasi ini selalunya berlaku dalam kesesakan lampu isyarat. HAHAHA! Bagi pemandu yang memandu bersama insan tersayang, keluarga, dan rakan-rakan, masa ini diambil untuk bergurau-senda, beromantik, merepek sana-sini, makan, dan macam-macam lagi. Asalkan tidak menyusahkan pemandu yang lain.
Tetapi apa yang terbaik ialah, menghadiahkan masa untuk kita mandapat ilmu melalui ceramah atau kuliah sebagai contoh mendengar IKIM.FM. Tidak pun mendengar ayat-ayat Al-Quran atau zikir. Golongan yang terbaik ini tahu, ibadah bukan hanya sekadar rukun Islam yang lima perkara itu sahaja, tetapi ibadah itu adalah keseluruhan hidup. Memandu juga menjadi ibadah, jika menjaga tatasusila dan memenuhi masa dengan perkara-perkara yang rohani.
Boleh jadi golongan ketiga ini terasa jarum waktu menjadi begitu pantas dalam arloji masa. Jadi, anda sendiri tahu anda di dalam kelompok yang mana. Sedar atau tidak, perkara ini menjadi cerminan terhadap sikap, akhlak, dan majunya pemikiran seseorang itu dalam lebuh raya hidup. Saya menulis entry ini sebagai renungan bersama kerana saya juga adakalanya menjadi golongan kedua.

0 comments:

Post a Comment