Thursday, May 5, 2011

Pengalaman membela flowerhorn & ikan hiasan lain...

Saya mula membela ikan semasa berumur 6 tahun (1996). Mase tu akuarium plastik 1 kaki je, siap korek tabung lagi. Ada dua. Ikan yang mula-mula dibela ialah ikan puyu. Memang ikan yang sangat tough. Boleh hidup dalam air yang ekstrem (air berkulat a.k.a hijau kelat pun boleh hidup). Mase tu mana la pakai anti-klorin ni. Kalau hujan turun, pakai air hujan, kalau tak, pakai air paip je. Tapi kalau pakai air hujan, pergkh! beliau menunjukkan belang dan kilatnya sisik beliau, kalau air paip, zzzz, pucat je. Air boleh kata setiap minggu la terpaksa tukar. Pada tahun 2002, barulah beli akuarium besar, 3 kaki punya. Hadiah dari bapak lepas UPSR. Hehe. Pastu tahun 2003, beli akuarium 2 kaki lak. Tahun ni (2011) beli balang lak.

Flowerhorn (2003)
Akuarium : 3 kaki
Filter : Internal
Hood : Kayu
Kedudukan : Dalam rumah
Penjagaan : Tak ade lah susah sangat. Masa tu saya tinggal di asrama (sek. men.). Tiap-tiap 2 minggu balik. Jadi memang tiap-tiap 2 minggu lah tukar air. Ikan yang dibeli dengan harga RM15 tu diberi makan pallet yang khas untuk cichild, tapi yang murah je. Tak silap RM8. Pernah beli yang agak mahal, RM20 (khas untuk red monkey face FH). Bila mana nak tinggalkan rumah dalam 2-4 hari, belikan anak ikan. Sebungkus RM2. Ntah berapa ekor sebungkus pun tak ingat. Dia ni pelahap. Jadi beli sampai 2 bungkus. Macam mana tukar air? Mudah dari segi penulisan, ikan tadi diasingkan ke dalam baldi, buang air dalam akuarium, basuh hiasan-hiasan yang ada dan akuarium, tukar filter wool, setkan filter, isi air sampai penuh, letak anti-klorin, pastu bagi air sebati dulu dengan menghidupkan filter untuk beberapa minit, dan walla, siap! Oh ya, saya akan letak garam sesudu, (tak kisah lah garam halus, kasar, masak, bukit, kristal, sumua boleh). Ini atas pengalaman atok dan ayah saya. (Katanya bagi segar ikan tu nanti. Saya akui kesahihannya ini kerana semasa saya membela ikan emas, dah macam nak mati dah, berenang pun mabuk je, asingkan dalam baldi, pastu letak la garam dalam secubit. Bagi air sebati baru masukkan ikan tadi. Wah, pastu segar balik! Lama gak dia dapat bertahan.) Pastu masukkanlah ikan. Peringatan, air yang dalam baldi tadi sebaik-baiknya air yang bersih, nak letakkan balik ikan ke dalam akuarium hendaklah perlahan-lahan. Kenakan dulu ikan dengan air secara perlahan-lahan. Kemudian biarkan die berenang sendiri ke dalam air (tips tangkap & lepas mase memancing). Rasionalnya supaya ikan tadi tidak mengalami kejutan walaupun kebanyakan aquarist cakap tak perlu nak buat pun. Tapi buat aje lah, bukan susah pun. Rutin untuk bagi makan pula, pagi dan petang. Berhati-hati dengan flowerhorn yang dasat, jari saya parut dipagutnya. Itu aje yang saya lakukan semase membela flowerhorn.
My flowerhorn (2003-2005)
Dia mati tanpa diketahui asbabnya, tetapi semasa dia mati, anak ikan yang lain hidup, filter tak hidup, bila masukkan tangan dalam akuarium, bzzzt. Tapi secara logiknya, tak mungkin ikan ni kene karen. Memang da sampai masenya... (T_T)

Flowerhorn
Akuarium : 2 kaki
Filter : External Canister Filter (Taiyo CF1000)
Kedudukan : Dalam rumah
Hood : Plastilk
Gambar masa mula-mula beli (21 Apr 2011, 2 inc)


Ikan yang sama. Kecik-kecik dah garang (6 Mei 2011)


Ni makanan beliau, "Ocean Free, SuperLuoHan"



Filter : External Canister Filter (Taiyo CF1000) digunakan untuk kedua-dua akuarium, makna kata ada 2 filter.
Filter Media : Soft wool, normal wool, activated carbon (aquarium charcoal), algea away resin, and ceramic tubes.(more info visit http://en.wikipedia.org/wiki/Filter_%28aquarium%29)


Gambar aquarium 3 kaki (6 Mei 2011)


Akuarium ni terletak di luar rumah. Jadi terdedah dengan cahaya matahari. Algea (lumut) tumbuh dengan cepat dan degil. Jadi tak digalakkan untuk letak akuarium di luar rumah jika mahu kebersihan air bertahan lama. Saya juga menggunakan wall bubble untuk pengudaraan dalam air. Nampak cantik sikit daripada pakai air stone. Jenis ikan yang ade dalam akuarium tersebut:

Ni balangnya. Ada 3 ekor ikan guppy. Dalam tu juga ada tumbuhan hidup. Kawan saya ada bela dalam pasu sampai beranak-penak katanya.WOW!

Untuk pengetahuan pembaca, ketiga-tiga akuarium menggunakan air hujan. Memang dari dulu lagi pakai air hujan. Kedai melarang pakai air hujan dengan bermacam-macam kesan yang saya pun tak berapa faham. Jadi ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Harap dapat membantu dan pembaca juga dapat membantu. ^^

4 comments:

Anonymous said...

keji je...

Anonymous said...

Mmg kompem x de efek ke atas ikan ke kalu pki air hjan?nk ltak pe2 obat x kalu pki air ujan nie?laei satu guppy nie kalu beli at kdai kan kecik..nk tggu lame x utk dye beranak?aku ade bela sblm neh tp kbnykannye bunuh diri lak..ganti pulak ngan red dragon FH..

Anonymous said...

External filter tuu bpe hengget bro beli..??asal lak ade tuu sampai dkt rm500 dye jual filter jenis tu ae..igtkan nk beli satu laa tp x dpt jumpe lagi yg murahnye kire bwh rm100 lagi..

Anonymous said...

Blog bro nie aktif lg x?

Post a Comment