Thursday, May 5, 2011

Flowerhorn - info membela

AKUARIUM
Flowerhorn adalah sejenis ikan yang besar yang mana boleh mencecah sehingga 15-16 inc! Pergkh! Tetapi secara puratanya ia membesar sehingga 10-12 inc. Purata hidup pun lebih kurang 8-10 tahun. Oleh itu, akuarium yang besar diperlukan untuk tumbesaran yang sihat dan kuat. Kebanyakan info yang diberi, saiz minimum akuarium untuk seekor flower horn ialah 2 x 1 kaki. Tetapi ini boleh membuat ikan tertekan dan kurang aktif (tumbesarannya akan terbantut). Jadi cadangannya ialah 3 x 1.5 kaki. Flowerhorn adalah antara ikan yang tahan untuk hidup dalam apa jua keadaan air (asalkan bersih) dari segi suhu dan taraf ph air.Tetapi, keadaan air yang terbaik suhunya adalah sekitar 25°C-30°C manakala nilai ph pula ialah sekitar 7-8. Ini kerana air yang berasid akan menyebabkan warna ikan akan menjadi suram dan pucat dan elakkan daripada perubahan suhu air secara mendadak kerana ikan senang dijangkiti kuman, fungus dan sebagainya. Filter air juga sangat penting sebab flowerhorn menghasilkan banyak bahan buangan, makna kata air cepat keroh dan kotor. Arus air juga perlu diberi perhatian (arus yang dikeluarkan oleh filter). Arus yang terlampau kuat boleh mencederakan ikan. Walaubagaimanapun, arus yang agak perlahan diperlukan untuk meng'oxygen'kan air dan untuk memastikan air tidak suam di bahagian heater sahaja. Hiasan akuarium pula cukup sekadar batu-batu kecil. Ini kerana, ada beberapa forum mengatakan bahawa ikan yang dibelanya memakan tumbuhan plastik! Kalau tumbuhan plastik pun makan, apatah lagi yang hidup. Hiasan lain pun kalau nak letak takde masalah. Ikan flowerhorn ni agresif, jadi satu akuarium seekor ikan ataupun belilah pembahagi akuarium jika mahu membelanya lebih dari seekor dalam satu akuarium.


DIET
Pemakanan Flowerhorn ni tak susah sebab ikan ni tak memilih. Tapi dicadangkan bagi makan pallet khas untuk cichlid yang datang dalam pelbagai bantuk dan kesan. Khas untuk benjol, merah dan sebagainya. Beri makan 2 atau 3 kali sehari setiap hari untuk membesar dengan cantik dan kuat. Jangan overfeed, cukup untuk ikan tu kenyang sudah. Boleh agak rasanya.


BARANG-BARANG AKUARIUM
  • Akuarim (ni lah paling penting)
  • Filter (internal boleh, external lagi bagus)
  • Heater (tak perlu rasanya sebab suhu Malaysia memang sesuai benor dengan ikan ni)
  • Batu hiasan dan hiasan-hiasan lain (optional)
  • Lampu (optional)
  • Hood akuarium (ade forum kate ikan ni boleh lompat keluar akuarium & menghalang dari benda-benda yang tak diingini masuk, contoh lipas)

0 comments:

Post a Comment